Thursday, 11 December 2014

Beli Poskad 'Online'

11:07 PM
11/12/2014

9 DISEMBER lepas, aku dapat dua keping poskad dari sepupu aku. Dia baru balik dari rombongan sekolah dia pergi Pahang. (Untunglah~~ Sekolah aku tak buat..) Malam sebelum dia bertolak, aku pesan kat dia, kalau jumpa poskad, belikan tau. Nanti aku bayar. (Spesis manusia tak malu..) Lepas dia balik, dia nak bagi aku, tapi aku takde kat rumah. Dia pesan kat adik aku suruh bagi aku. Dia bagi poskad tu ‘for free’. (Aku lagilah suka.. Rezeki.. :D) 

Terima kasih 'Cousin'. 'I love sea' <3
'View of Kuala Lumpur'

Petang tadi, lepas aku balik dari jumpa kawan aku, “Ra, tu atas meja tu ada barang kau.” Ooh.. Poskad yang aku beli dah sampai. Aku beli dekat sini. Nah, link album dia, sini. Banyak poskad yang cantik-cantik kat situ. Servis pun tip top! Ok, balik kepada tadi. Masa aku bukak bungkusan tu, aku tengok tebal semacam. (Haha.. Yelah, aku beli dua set je. Tapi asal tebal benoh.) Sejujurnya, masa bukak bungkusan tu, susah sebab dia bungkus dengan tebal dan teliti agar tidak rosak sepanjang perjalanan penghantaran ke tuannya disertai dengan pita pelekat yang membuatkan bungkusan tu tidak terburai. (‘Over’lah..) Dalam tu ada ‘Pamphlet’ Penang.. (‘Free gift’ lah kot) Masa aku bukak satu sampul duit baki, aku ‘shock’ giler sebab dalam tu ada gula-gula, tali, poskad kecik, dan ‘sticker’. ‘Happy’ aku. (Hahaha.. dapat gift.. sukalah). Nah, aku tunjuk gambar poskad yang aku beli dan 'free gift' tu.

Poskad Doraemon + 'Sticker' :D
Poskad Twilight
Secara jujurnya, aku tak faham kegunaan tali tu.. (hehehe..)

Aku join satu ‘group’ MALAYSIAN POSTCROSSER. Jadi, kalau ada mana-mana ‘Postcrosser’ Malaysia yang masih belum ‘join group’ ni, boleh 'comment' kat bawah. Mungkin aku boleh mintak tolong kawan aku masukkan korang dalam tu. Jadi kalau ada 'meet-up' takdelah yang tertinggal. (Hehe.. ^_^)


Monday, 8 December 2014

Poskad 'Meet Up'

1:33 AM
9/12/2014


Petang tadi dapat poskad daripada seorang kakak 'postcrosser' Malaysia. Nama dan alamat dirahsiakan. (keke~) Sebenarnya aku 'happy' sebab dia bagi poskad ni tanpa harapkan balasan. (Terima kasih!) Masa aku nak beli poskad ni, poskad ni dah 'fully-booked' dek 'postcrosser' lain. Jadi, aku tebalkan muka mintak 'swap' dengan 'the other postcrosser'. (Hehe..) Aku sungguh-sungguh nak poskad ni sebab aku rasa dia 'limited edition' lebih-lebih lagi ada tanda tangan 'postcrosser' lain kat situ.
Muka depan poskad

Muka belakang poskad
Kepada akak yang memberi, TERIMA KASIH! :) Orang Malaysia memang baik-baik belaka.